EPL: Leicester City pecat Steve Cooper serta-merta
Aleqha Zainal
November 25, 2024 13:18 MYT
November 25, 2024 13:18 MYT
Leicester City telah memecat jurulatihnya, Steve Cooper, selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Cooper yang sebelum ini pernah mengendali Nottingham Forest sekadar mengetuai The Foxes dalam 15 perlawanan di semua kejohanan.
Dia dilantik pada Jun lalu, selepas Enzo Maresca meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Chelsea susulan kejayaan Leicester kembali ke EPL.
Selepas melalui enam perlawanan liga tanpa kemenangan pada permulaan musim, Cooper dilihat berjaya menstabilkan pasukan dengan kemenangan ke atas Bournemouth dan Southampton.
We have parted company with Steve Cooper, who leaves his position as First Team Manager with immediate effect.
— Leicester City (@LCFC) November 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, rentetan empat perlawanan EPL tanpa kemenangan, di mana Leicester tewas kepada Forest, Manchester United, dan Chelsea, serta seri dengan Ipswich Town, menyebabkan Cooper kehilangan jawatannya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Leicester mengesahkan bahawa pembantu Cooper, Alan Tate dan Steve Rands, juga telah meninggalkan kelab. Ben Dawson akan mengambil alih pasukan sementara.
Sementara itu, bekas pengurus Brighton dan Chelsea, Graham Potter, dilaporkan sedang berbincang untuk menyertai Leicester.
The Foxes kini berada di tangga ke-16 Liga Perdana dengan 10 mata selepas 12 perlawanan.