EPL: Leicester City akan dikenakan pemotongan mata
Najmi Iman
August 19, 2024 11:29 MYT
August 19, 2024 11:29 MYT
Sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menghadapi pemotongan mata sebaik sahaja musim baru 2024/25 sedang bermula akibat melanggar peraturan perbelanjaan yang ditetapkan.
Bekas juara EPL, Leicester City, bakal dikenakan hukuman jika didapati bersalah atas dua pelanggaran yang berasingan.
Peraturan Profit dan Sustainability EPL disediakan untuk memastikan seluruh kelab tidak berbelanja secara berlebihan daripada hasil pendapatan selain mengawal kewangan sebuah pasukan.
Chelsea, Aston Villa dan Newcastle United juga turut berdepan isu berkenaan susulan gagal menjual pemain yang tidak diperlukan.