EPL: Ledakan Mykhailo Mudryk bangkitkan keterujaan Chelsea

Shaiful Shamsudin
March 12, 2024 00:03 MYT
CHELSEA 3 NEWCASTLE 2
Mauricio Pochettino melontarkan amaran bahawa akan timbul lebih banyak masalah buat Chelsea sekiranya mereka gagal membina momentum kemenangan 3-2 ke atas Newcastle di Stamford Bridge, awal pagi tadi, sambil memuji impak pemain gantian yang memenangi perlawanan, Mykhailo Mudryk.
Pemain Ukraine itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak gol solo yang hebat untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-76 dengan memperdayakan Fabian Schar dan Martin Dubravka.
“Ia adalah gol yang sangat bagus dan itulah yang kami harapkan daripada pemain dari bangku simpanan, untuk impak,” kata pengurus The Blues itu.

In a flash. ⚡️#CFC | #CheNew pic.twitter.com/2AjEBro8Y6

— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kemudian ia adalah mengenai bersaing dengan pemain berbeza untuk merebut posisinya. Barulah dia layak untuk dimasukkan dalam barisan utama.”
#Chelsea #EPL