Phil Foden mengakui Manchester City mempunyai ruang yang cukup besar yang perlu dipenuhi susulan pemain tengah, Rodri digantung tiga perlawanan dalam kemenangan pada Sabtu ke atas Nottingham Forest.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu dibuang padang pada awal separuh masa kedua dalam kemenangan 2-0 City di Stadium Etihad kerana mengangkat tangannya ke arah leher pemain Forest, Morgan Gibbs-White.

Pemenang treble itu kini berdepan tanpa tiga perlawanan domestik tanpa Rodri untuk aksi Piala Carabao pertengahan minggu bertemu Newcastle, perlawanan Sabtu depan di Wolves dan -- yang paling penting -- pertemuan di Arsenal pada 8 Oktober.

Foden berkata, “Dia adalah salah seorang pemain terpenting kami dan dia nampaknya bermain setiap minit. Dia akan menjadi kehilangan besar, tetapi kami mempunyai pemain yang perlu dipertingkatkan sekarang dan kami akan memerlukan mereka.”

Ketiadaan Rodri di atas padang secara dramatik mengubah suasana perlawanan City yang terpaksa bertahan untuk memastikan tiga mata penuh hasil gol yang disempurnakan Foden dan Erling Haaland dalam 14 minit pertama.


Pemain penyerang, Jeremy Doku dan Julian Alvarez dikorbankan untuk Kalvin Phillips dan Nathan Ake ketika pengurus Pep Guardiola mengambil pendekatan pragmatik untuk memperoleh tiga mata.

“Saya fikir kami menunjukkan sisi berbeza pasukan ini,” kata Foden.

“Ia tidak sesuai dengan Rodri mendapat kad merah pada awal separuh masa kedua, tetapi saya fikir kami menunjukkan semangat dan keinginan -- sisi berbeza berbanding apa yang kami sering pamerkan.

“Saya sangat gembira dengan persembahan pasukan. Kami bertahan dengan baik bagi memastikan tiga mata penuh dalam perlawanan ini.”