Muzaffar Musa
Tue Mar 14 2023

Ruud Gullit menasihatkan Harry Kane untuk mementingkan diri dan meninggalkan Tottenham bagi memenangi trofi memandangkan penyerang itu kini sedang berada dalam radar Manchester United dan Bayern Munich.
Kapten England itu kini mengumpulkan 20 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menjaringkan gol berganda ketika menewaskan Nottingham Forest hujung minggu lalu dan ia merupakan musim keenamnya mencecah angka itu -- hanya Alan Shearer memiliki rekod lebih baik dengan melakukannya dalam tujuh musim.
Bagaimanapun, permulaan buruk Spurs bulan ini menyaksikan mereka tersingkir di tangan AC Milan daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selain turut terkandas dalam saingan Piala FA di tangan pasukan daripada liga divisyen dua, Sheffield United, sekali gus menyaksikan pasukan London itu akan sekali lagi menamatkan musim tanpa sebarang gelaran.
Kane dua kali bergelar naib juara Piala EFL bersama Spurs, masing masing dalam kempen edisi 2014-15 dan 2020-21, selain turut berada dalam skuad itu ketika tewas kepada Liverpool dalam final UCL 2018-09 -- kali terakhir Spurs memenangi gelaran utama adalah sewaktu menjuarai Piala EFL musim 2007-08.
Gullit berkata jika dia berada dalam situasi Kane, dia akan mencari jalan untuk keluar daripada kelab itu dan percaya hanya trofi yang perlu dipertimbangkan pada ketika karier seseorang pemain sudah berada di ambang penghujungnya.
"Jika saya di tempatnya, saya akan mementingkan diri dan mungkin berkata 'lihat, saya akan pergi'," kata Gullit, yang memenangi pelbagai gelaran utama sepanjang bergelar pemain dan pengurus, kepada BeIn Sports.
"Perkara terburuk adalah anda memiliki ramai pemain yang setia tetapi mereka tidak memenangi apa-apa. Apa yang boleh ditawarkan untuk anda? Anda mahu memenangi trofi? Adakah ia benar atau tidak?
"Jika anda tidak cukup bagus, kelab hanya akan cakap terima kasih banyak, bukankah begitu? Jika kelab itu sendiri tidak cukup bagus, saya perlu pergi dan mencuba untuk memenangi trofi.
"Saya hanya bercakap mengenai diri saya. Saya bermula di kelab bawahan dan tidak dapat menang apa-apa, jadi saya pergi ke kelab yang lebih besar.
"Mujurlah saya bermain bersama Johan Cruyff. Dia berkata kepada saya, 'Ruud, jika anda membuat keputusan untuk pergi, ia akan menjadi haru-biru kerana peminat tidak akan menggemarkannya kerana anda pemain yang bagus'.
"Tetapi anda perlu memikirkan mengenai diri anda, jadi itulah yang saya lakukan. Saya menyertai PSV, peminat saya tidak menggemarinya. Saya memenangi dua trofi dan kemudian saya menyertai AC Milan.
"Penyokong PSV juga tidak menyukainya tetapi saya hanya mahu memenangi trofi," katanya.

Liga Super: Fandi tak salahkan pemain, akur satu mata menentang Kedah
Gol penyamaan Kedah Darul Aman FC pada minit akhir perlawanan agak mengecewakan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

EPL: Arteta kagum dengan tahap tumpuan Arsenal selepas City menang
Mikel Arteta memuji tahap tumpuan pemain Arsenal apabila pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengembalikan kelebihan lapan mata hasil kemenangan ke atas Leeds United di Stadium Emirates lewat malam tadi.

Serie A: Fiorentina beri Inter rekod kekalahan terburuk dalam tempoh enam tahun
Inter Milan berdepan rekod kekalahan perlawanan liga terburuk dalam tempoh enam tahun selepas tewas 0-1 di tangan Fiorentina dalam perlawanan Serie A di San Siro awal pagi tadi.

Serie A: Gol tunggal Kean pastikan Juventus raih kemenangan kelima berturut-turut
Moise Kean menjaringkan gol tunggal untuk Juventus melakarkan kemenangan kelima berturut-turut dalam kesemua kejohanan selepas menewaskan Verona 1-0 dalam perlawanan Serie A di Arena Allianz awal pagi tadi.

LaLiga: Gol berganda Lewandowski pastikan Barcelona mudah benam Elche
Robert Lewandowski sekali lagi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona mendekati gelaran LaLiga musim ini selepas menewaskan Elche 4-0 di Estadio Manuel Martínez Valero awal pagi tadi.

Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker
Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.

EPL: Aston Villa beri Chelsea kekalahan pertama dalam lima perlawanan
Chelsea berdepan kekalahan pertama dalam lima perlawanan apabila Ollie Watkins dan John McGinn menemui sasaran untuk memastikan kemenangan 2-0 buat Aston Vila dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

EPL: Kepulangan Jesus pacu kemenangan bergaya Arsenal ke atas Leeds
Gabriel Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal kekal berkelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 lewat malam tadi.

All Nassr raikan rekod Ronaldo bersama Portugal
Al Nassr meraikan penampilan bersejarah Cristiano Ronaldo bersama Portugal dengan penuh bergaya.

Ligue 1: PSG sudah mula perancangan musim depan, termasuk bincang dengan Messi
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, optimis mengenai perancangan kelab itu bagi menghadapi musim depan tetapi mengakui ada sebahagian tetapan yang perlu diperbaiki secara signifikan.

Hamilton still feels a 'disconnect' but senses opportunity for Mercedes to close Red Bull gap
Mercedes showed promise at the Australian Grand Prix but Lewis Hamilton is still not completely happy with his car.

Ingram: Pels proved they can beat the best by downing the Clippers
The New Orleans Pelicans are now just one game back of the Los Angeles Clippers after another fine showing from Brandon Ingram.

Verstappen beats Hamilton to claim chaotic first win in Australia
After overcoming a poor start, Max Verstappen saw off a Mercedes challenge to extend his championship lead and claim a first Melbourne win.

A win is a win – Butler relieved to end losing streak as Heat boost playoff prospects
The Miami Heat still have work to do in the final games of the regular season but got the job done against the Dallas Mavericks.

Rumour Has It: Man City and Real Madrid to prioritise off-season Gvardiol signing
Manchester City and Real Madrid have interest in both Josko Gvardiol and Jude Bellingham.

St Louis' perfect start ended by Minnesota, Bernardeschi nets Olimpico for Toronto
Minnesota United pulled off an upset win at St Louis with Luis Amarilla coolly converting the game-winning spot kick.

March Madness: Butler's go-ahead buzzer-beater sends San Diego into decider against UConn
Lamont Butler produced a moment for the ages with the fifth buzzer-beater in NCAA Final Four history to move into the decider.

Butler leads Heat past slumping Mavericks, Ingram stars as Pelicans continue playoffs push
Jimmy Butler led the way with 35 points and 12 assists as the Miami Heat claimed a much-needed win, snapping their three-game skid.

Allegri storms out of Juventus win before final whistle - 'We didn't play very well'
Juventus may have edged Verona for a crucial three points in the race for Europe but Massimiliano Allegri was not impressed.

'We're not getting any younger' - Joshua calls out Fury after beating Franklin
After beating Jermaine Franklin, Anthony Joshua has set his sights on reigniting talks for a fiercely anticipated bout against Tyson Fury.