EPL: Kami bukan robot -- Son Heung-min
Saufi Tahir
September 26, 2024 13:49 MYT
September 26, 2024 13:49 MYT
Kapten Tottenham, Son Heung-min, menyuarakan kebimbangannya susulan peningkatan jumlah perlawanan yang pemain perlu beraksi dengan menjelaskan bahawa rakan sepasukannya 'bukan robot'.
Son menjadi pemain terbaru selepas Manuel Akanji, Rodri dan Allison yang menggesa agar terdapat perubahan.
Heung. Min. Son. pic.twitter.com/U1a0TXc7NH
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) October 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rodri mengalami kecederaan ligamen lutut selepas melakar keputusan seri berdepan Arsenal, Ahad lalu.
"Ramai pemain keluar dan berkata perkara yang benar dan saya fikir ia sangat penting untuk seseorang benar-benar bangun untuk menyuarakan perkara yang betul.
"Sebagai peminat bola sepak, anda semestinya ingin melihat permainan yang berkualiti, bukan banyak perlawanan dan anda tidak mahu melihat pemain bergelut dengan kecederaan.
"Sudah tentu semakin banyak perlawanan semakin banyak perjalanan. Kami perlu menjaga diri kami sendiri yang kadangkala merupakan perkara yang sukar dari aspek mental dan fizikal serta tidak bersedia masuk ke dalam padang dan risiko kecederaan adalah besar.
Heung-min Son: “RODRI *IS* RIGHT!! IT IS NOT FAIR!! We can play 50/60 games, not 70+! #ManCity played Sunday and Tuesday, when they could have played Wednesday... It creates a high risk for injuries!” ✊ ? @BeanymanSports pic.twitter.com/REJhykZ254
— City Report (@cityreport_) September 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami bukan robot, jadi saya rasa kami perlu menjaga perkara itu dan semestinya mengurangkan permainan serta bermain dengan kualiti permainan yang lebih baik. Saya berasakan ini sepatutnya menjadi matlamat utama." katanya.