Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, melihat Manchester United terlalu berusaha keras untuk menyamai rekod 20 gelaran juara liga seteru utama mereka itu dan dia tidak menjangkakan skuad kendalian Erik Ten Hag akan melakukan apa-apa kebaikan kepada mereka apabila skuad itu bakal berdepan Arsenal nanti.

Dia beranggapan semua masih 'baik-baik saja' selepas keciciran dua mata dalam usaha merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar keputusan seri 2-2 justeru mengekalkan Arsenal di tangga teratas liga dengan perbezaan jaringan gol.

The Gunners dijadualkan akan berdepan Manchester United nanti dalam saingan liga dan dia tidak meletakkan terlalu banyak harapan kepada skuad The Red Devils untuk membantu Liverpool merampas takhta liga nanti.



"Mungkin jika kami masih ada perlawanan menentang Arsenal ia akan menjadi sesuatu yang hebat tetapi Arsenal adalah pasukan bola sepak yang bagus.

"Sekiranya United bermain seperti hari ini ketika berdepan Arsenal nanti, semestinya Arsenal akan memenangi perlawanan itu, saya yakin 100 peratus.

"Saya benar-benar minta maaf kerana berkata begitu, tetapi kami sepatutnya memenangi kedua-dua perlawanan tetapi itu tidak berlaku. Itu salah kami."

"Kedudukan liga penting selepas 38 perlawanan nanti. Orang ramai dan penyokong kami juga mula memberitahu kami untuk memperbaiki jumlah perbezaan jaringan gol kami dan itu adalah perkara paling bodoh yang boleh kami lakukan.

"Kami adalah siapa kami ketika ini dan itulah sebabnya kami berada dalam perlumbaan untuk merebut kejuaraan liga. Saya betul-betul baik dengan keputusan ini." katanya.