EPL: Jonny Evans miliki lebih banyak trofi berbanding Van Dijk

Saufi Tahir
June 9, 2024 08:45 MYT
Pemain pertahanan Manchester United, Jonny Evans, merangkul lebih banyak trofi berbanding pemenang Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA 2019, Virgil Van Dijk.
Van Dijk menerima anugerah pemain terbaik selepas menewaskan pemain sensasi seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi pada tahun 2019 selepas membantu Liverpool merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Untuk rekod, Jonny Evans mengumpul 13 trofi sepanjang keriernya dengan tiga piala hadir menerusi kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala Van Dijk hanya meraih satu gelaran EPL sahaja dengan hanya memiliki tujuh piala sahaja secara keseluruhan kariernya ketika ini.
Dua trofi EPL Jonny hadir ketika dia bersama Manchester United di bawah bimbingan Alex Ferguson dan satu lagi ketika dia bersama Leicester City pada musim 2015-2016.
#bola sepak #Virgil van Dijk #EPL #Jonny Evans #Liverpool.