EPL: Jamie Carragher isytihar usaha Manchester City buru gelaran kelima berakhir
Saufi Tahir
December 2, 2024 09:27 MYT
December 2, 2024 09:27 MYT
Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, mengisytiharkan usaha Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 berakhir dengan keputusan 0-2 ditewaskan Liverpool di Anfield, awal pagi tadi.
The Netizens ketinggalan dengan jurang 11 mata dibelakang Liverpool selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu tumbang dalam empat perlawanan berturut-turut dalam saingan liga dan rekod itu merupakan pencapaian terburuk sejak 2008.
Cody Gakpo dan Mohamed Salah meledak gol untuk The Reds di Anfield sekali gus memacu kemenangan ke-18 daripada 20 perlawanan pertama Arna Slot dalam semua pertandingan.
4 - Manchester City have lost four consecutive Premier League matches for the first time since August 2008. Meanwhile, this is the first time in Pep Guardiola’s managerial career that he has lost four consecutive league matches. Uncharted. pic.twitter.com/4K53ky6Zo7
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Carragher menegaskan bahawa tiada jalan kembali untuk juara bertahan itu untuk mengekalkan kejuaraan untuk kali kelima mereka berturut-turut.
"Musim ini Manchester City tidak akan rangkul gelaran EPL," katanya kepada Sky Sports.
"Saya berasakan tiada ada jalan kembali. Ia umpama krisis kecil buat City, dan saya fikir ia mengingatkan ketika Liverpool dua tahun lalu. Manchester City mungkin akan bersaing untuk kelompok empat teratas sahaja.
"Saya fikir mungkin sukar untuk City menamatkan saingan mereka jika mereka tidak terlibat dalam jendela perpindahan Januari nanti. Dia perlu membeli pemain." katanya.
Where has it gone wrong for Man City? ? They're now fifth after defeat to Liverpool, 11 points behind#LIVMCI pic.twitter.com/P5gWMCTraC
— Premier League (@premierleague) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Guardiola dilihat memegang enam jari kepada penyokong tuan rumah merujuk kepada setiap gelaran utama yang dimenanginya selepas laungan 'anda akan dipecat' bergema di Stadium Anfield.
Keputusan tewas itu turut menyaksikan City turun ke tangga kelima liga dengan 23 mata selepas 13 perlawanan.