Ruben Amorim menjelaskan takdirnya untuk menjadi individu yang akan mengubah nasib Manchester United hanya sebagai sebuah pekerjaan dengan dia turut menjelaskan tugasan itu tidak akan mengubah dirinya sebagai seorang pengurus.

Amorim dilantik sebagai pengendali baru The Red Devils pada awal November lalu susulan selepas pemecatan Erik Ten Hag yang memulakan musim dengan kempen yang buruk.

Dia seri dalam perlawanan pertamanya di Ipswich Town, tetapi memperoleh kemenangan sulungnya dalam saingan Liga Europa (UEL) menewaskan Bodo/Glimt di Old Trafford, minggu lalu.






"Saya akan baik-baik sahaja. Walau apa pun, dalam peringkat hidup saya, saya akan baik-baik sahaja, jadi kerana itu saya masih tenang.

"Semua orang berkata kepada saya 'ini akan mengubah saya'. Ini tidak akan mengubah saya. Jika sesuatu berlaku, saya akan kecewa seketika tetapi saya tahu saya akan kembali pulih. Tetapi saya percaya kita akan berjaya.

"Saya sudah bersedia. Apabila saya mendapat tawaran ini, saya rasa amat sukar untuk meninggalkan pemain saya di Sporting. Tetapi, selepas mempunyai peluang ini, saya rasa saya perlu mengambilnya.

"Mungkin itu takdir dan saya bernasib baik pada mulanya dan kemudian semuanya akan baik-baik sahaja." katanya kepada BBC Sport.