EPL: Inilah tahunnya -- Bukayo Saka optimis Arsenal muncul juara liga
Saufi Tahir
October 3, 2024 09:04 MYT
October 3, 2024 09:04 MYT
Penyerang Arsenal, Bukayo Saka, optimis tahun ini merupakan musim terbaik buat Arsenal untuk menamatkan era kejuaraan Manchester City dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus muncul sebagai juara liga.
Arsenal dan City merupakan dua pasukan yang masih belum tewas dalam saingan liga selepas enam perlawanan dengan kedua-duanya sudah mengumpul 14 mata dengan perbezaan satu mata berbanding Liverpool yang berada di puncak liga.
Selepas pencabar terdekatnya itu kehilangan khidmat perancang utama, Rodri, pemain berusia 23 tahun itu percaya The Gunners mempunyai peluang terbaik untuk merangkul trofi EPL musim ini.
Captaining in the Champions League ✅ Scoring in the Champions League ✅ Our Bukayo Saka. pic.twitter.com/bVVyFm75I8
— Arsenal (@Arsenal) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak mahu memberikan terlalu banyak tekanan kepada pasukan tetapi saya fikir ini adalah tahunnya," katanya kepada CBS Sports selepas menewaskan Paris Saint-Germain.
"Tahun-tahun sebelum ini, saya banyak menjadi naib juara. Cuma semangat dalam diri saya yang mahu saya menang musim ini dan semestinya saya mempercayai diri sendiri.
?✨ Bukayo Saka on winning the Premier League title: "I don’t wanna put too much pressure on us… but I do think this is the year". "We’ve been close the last two years, we’re getting closer… I hope this will be the year", told CBS. pic.twitter.com/wgnHu66L6L
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan dua perkara membantu, kami percaya pada diri kami sendiri dan kami percaya kami pasukan terbaik."