EPL: Hudson-Odoi jaring gol penampilan pertama bantu Forest ikat Burnley

Muzaffar Musa
September 19, 2023 01:29 MYT
NOTTINGHAM FOREST 1 BURNLEY 1
Callum Hudson-Odoi memperingatkan peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) tentang apa yang mampu dilakukannya apabila menjaringkan gol gemilang dalam enampilan pertama ketika membantu Nottingham Forest mengikat Burnley 1-1 di The City Ground awal pagi tadi.
Ia sudah 18 bulan sejak kali terakhir pemain berusia 22 tahun itu bermain dalam liga divisyen pertama England berkenan sejak karier berpotensi besarnya kian malap di Chelsea tetapi selepas setahun dipinjamkan kepada Bayer Leverkusen, dia kembali ke England dengan aksi menakjubkan.
Dia memberikan sinar baru buat Forest pada hari terakhir jendela perpindahan lalu dan ketibaannya dari Stamford Bridge sudah menunjukkan kesan positif.
Dia melakukan percubaan lencong untuk menjaringkan gol penyamaan Forest dalam babak kedua selepas Zeki Amdouni terlebih dahulu meletakkan The Clarets di depan dalam babak sebelumnya.
Kepulangannya ke England menyaksikan dia kembali berkhidmat di bawah bimbingan Steve Cooper, yang merupakan bekas pengurusnya dalam skuad England B-17 sewaktu saingan Piala Dunia B-17, dan Pengendali England, Gareth Southgate, berharap pengurus berkerakyatan Wales berkenaan dapat mengembalikan sentuhan terbaik Hudson-Odoi, yang kali terakhir diturunkannya pada 2019 dan pernah mempertimbangkan untuk mewakili Ghana.

What a way to introduce yourself ?‍? pic.twitter.com/wu85x3Xc1Z

— Nottingham Forest (@NFFC) September 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Burnley #Nottingham Forest #Liga Perdana Inggeris #Callum Hudson-Odoi