CHELSEA 0 NOTTINGHAM FOREST 1
Anthony Elanga masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Nottingham Forest mengejutkan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam tadi.
The Blues mengekalkan pasukan sama ketika mereka mengatasi Luton Town dalam perlawanan liga terakhir tetapi kali ini, Forest muncul pasukan yang lebih baik hasil kemenangan 1-0 sumbangan Elanga pada awal babak kedua.
Pasukan pelawat berkenaan, yang sebelum ini turut mencuri tumpuan apabila tewas tipis kepada Arsenal dan Manchester City, akhirnya dapat menumbangkan pasukan gergasi EPL dan selayaknya mendapatkan kemenangan itu berdasarkan prestasi yang dipamerkan mereka.
Walaupun dikuasakan dengan sembilan pembelian baru musim ini, Chelsea bimbingan Mauricio Pochettino hanya melakukan dua perubahan dalam kesebelasan utama mereka berdasarkan empat perlawanan liga musim ini -- di mana mereka hanya menang satu daripada kesemua perlawanan berkenaan.
Bahkan, pembelian termahal kelab itu, Moises Caicedo, menjadi punca kepada jaringan Elanga manakala pemain terbaru, Cole Palmer, tidak dapat menandakan penampilan pertamanya bersama kelab berkenaan dengan pemainan yang berkesan ketika dimasukkan sebagai pemain gantian.
Elanga -- yang ditandatangani Forest daripada Manchester United -- terbukti pembelian yang berbaloi buat Forest, di mana dia bijak memanfaatkan kealpaan pertahanan Chelsea.
Kesilapan Caicedo membenarkan lawan merampas penguasaan bola mengundang padah untuk Taiwo Awoniyi melakukan lorongan melepasi kaki Thiago Silva dan menuju ke arah Elanga, yang mudah menolak masuk melepasi penjaga gol, Robert Sanchez, pada minit ke-48.
Muzaffar Musa
Sun Sep 03 2023


Liga Super: Cheng Hoe mahu Selangor kembali garang
Selangor FC dituntut mempamerkan karakter lebih garang apabila sekali lagi berdepan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

EPL: Micky van de Ven mahu bantu Tottenham tutup mulut pengkritik
Micky van de Ven tidak berselindung mengenai keinginannya untuk menutup mulut pengkritik Tottenham dan yakin kelab berkenaan mampu melakukan perkara itu biarpun mendapat kritikan hangat sejak musim panas lalu.

Piala EFL: Guardiola kekal positif walaupun Manchester City kandas
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, masih positif walaupun terpaksa melupakan peluang menjulang Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini selepas tewas kepada Newcastle United.

Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Aitana Bonmati memiliki kualiti seperti Zinedine Zidane dan layak untuk memenangi Ballon d'Or, kata bekas pemain kebangsaan skuad wanita Portugal, Pauleta.

Xavi mahu perbaiki barisan pertahanan menjelang aksi bertemu Sevilla
Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi, mahu benteng pertahanan pasukannya di tambah baik menjelang perlawanan menentang Sevilla awal pagi esok.

Arteta puji kepulangan Ramsdale ketika tewaskan Brentford
Mikel Arteta akui tidak meragui bahawa Aaron Ramsdale beraksi cemerlang apabila kembali diturunkan selepas penjaga gol itu menghalang Brentford daripada mendapatkan jaringan.

Piala EFL: Eddie Howe tamatkan badi bertemu Guardiola ketika Newcastle singkir Manchester City
Eddie Howe gembira apabila akhirnya dapat menewaskan Pep Guardiola ketika Newcastle Uited menyingkirkan Manchester City untuk layak ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.

Klopp puji permulaan cemerlang Szoboszlai bersama Liverpool
Jurgen Klopp memuji impak dilakukan Dominik Szoboszlai di Anfield selepas pemain yang ditandatangani ketika musim panas lalu itu diturunkan dari bangku simpanan untuk meletakkan Liverpool ke pusingan 16 dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.

LaLiga: Real Madrid kembali ke landasan kemenangan atasi Las Palmas
Gol daripada Brahim Diaz dan Joselu dalam separuh masa berbeza memastikan Real Madrid kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Las Palmas 2-0 dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu awal pagi tadi

EPL: Antony pulang ke UK, sedia beri kerjasama terhadap pertuduhan
Antony kembali ke United Kingdom (UK) dan sedia bekerjasama dengan pihak polis Greater Manchester (GMP) untuk disoal siasat terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Tony Mowbray wants teams to fear Sunderland after another strong away display
The Black Cats were 3-0 winners at struggling Sheffield Wednesday.

Captain Ardie Savea proud of New Zealand’s 14-try drubbing of Italy
The All Blacks ran in 14 tries in a 96-17 victory in Lyon.

It is the food – Mikel Arteta suggests reason behind string of Basque coaches
Arteta will come up against old friend Andoni Iraola at Bournemouth on Saturday.

Only action from players will prompt changes to brutal schedules – Pep Guardiola
The Manchester City boss says he is ‘not going to influence anyone’.

Ange Postecoglou had a love of Liverpool as a youngster but says ‘things change’
The Spurs boss will aim to protect his lengthy unbeaten home record in league fixtures on Saturday night.

Barcelona gifted win over Sevilla by Sergio Ramos own goal
The former Real Madrid defender diverted Lamine Yamal’s header past his own keeper.

New Zealand close on World Cup quarter-final spot with 14-try mauling of Italy
Aaron Smith scored a first-half hat-trick as the All Blacks ran riot in Lyon.

Sheffield Wednesday hit a new low as Sunderland ease to victory at Hillsborough
The Black Cats won their fourth match in five comfortably.

Ben Earl raised eyebrows when he first arrived at Saracens, says Maro Itoje
The dynamic back row is taking his debut World Cup by storm.

Five-star Hamilton too hot for Annan
Accies hit four goals in the second half to make it seven wins from eight matches.