EPL: Gary O'Neil kagum aksi cemerlang Hwang Hee-chan

Ammar Hakim
December 6, 2023 03:55 MYT
Gary O’Neil memuji penjaring gol kemenangan, Hee-chan selepas Wolves mengatasi Burnley.
Penyerang itu meledak gol di separuh masa pertama -- kesembilan musim ini -- untuk memastikan kemenangan ke atas The Clarets 1-0 di Molineux awal pagi tadi.
Wolves kini berkelebihan 11 mata daripada zon penyingkiran liga dengan pemain kebangsaan Korea Selatan itu memperoleh pujian tertinggi daripada pengendali pasukan.

Hwang Hee-chan's eighth Premier League strike of the season is the difference at Molineux ?#WOLBUR pic.twitter.com/BljWxMynmT

— Premier League (@premierleague) December 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Statistiknya dalam setiap perlawanan cukup mengagumkan,” kata O’Neil. “Semua mengenainya cukup mengagumkan, adakah dia akan terus kekal untuk sepanjang musim? Saya berharap ia akan berlaku. Jika pasukan mampu terus beraksi cemerlang.
“Apabila bola dalam kawalannya di kawasan penalti, saya dapat berasakan dia mampu melakukan sesuatu.
“Tuah bukanlah sesuatu yang boleh digambarkan berdasarkan bilangan jaringan yang telah dihasilkan oleh pemain tersebut, dia ditandatangani pasukan atas kemampuannya dan itulah yang kami mahu memastikan dalam setiap perlawanan. Menjaringkan lapan gol dalam saingan liga cukup mengagumkan.
“Ini satu kemenangan besar buat kami. Burnley pasukan berkualiti namun kami tetap berpuas hati dengan kemenagan ini.”
#Burnley #Wolves #EPL