EPL: Gakpo pujuk Mohamed Salah sambung kontrak di Liverpool

Famizal Daud
December 25, 2024 12:57 MYT
Penyerang Liverpool, Cody Gakpo, optimis rakan sepasukannya, Mohamed Salah, akan melanjutkan tempoh kontraknya di Anfield dan terus membantu pasukan.
Penyerang Mesir berusia 32 tahun itu akan tamat kontrak pada penghujung musim dan perjanjian baru masih belum dipersetujui.

NEW: Cody Gakpo is latest Liverpool player to tell Mo Salah: ‘Sign a new contract!’ https://t.co/yzAXUsrBLc

— This Is Anfield (@thisisanfield) December 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah dalam prestasi terbaik musim ini dengan dua gol yang dijaringkannya ketika menentang Tottenham Hotspur Ahad lalu meletakkan dirinya mengatasi rekod Billy Liddell ke tempat keempat dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liverpool.
“Ia sangat istimewa apa yang kita semua saksikan".
“Jumlah gol yang Salah jaringkan tetapi bantuan yang dia berikan juga, cara dia beraksi, bagaimana dia meletakkan pemain penyerang atau pemain tengah lain seperti saya dalam kedudukan untuk menjaringkan gol dan berbahaya adalah daripada tahap yang tinggi".
“Saya berharap untuk kami dan dia boleh terus melakukannya untuk masa yang lama".
"Kami sangat bertuah memilikinya dan berbangga kerana kami boleh menjadi rakan sepasukannya dan cuba menjadikannya lebih baik", kata Gakpo.

Deadly on the counter ⚡️ pic.twitter.com/iZQBpL6KNP

— Liverpool FC (@LFC) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gakpo juga antara watak penting dalam lonjakan The Reds ke puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL), menjaringkan sembilan gol, termasuk tujuh dalam 12 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan.
Pemain Belanda itu menyertai Liverpool dua tahun lalu berikutan prestasi cemerlang di Piala Dunia dan dia menyatakan harapannya untuk kekal di kelab itu untuk "bertahun-tahun lagi".

A brilliant brace from Mo ?#LIVLEI ’17/18 ? pic.twitter.com/bCNSc101R7

— Liverpool FC (@LFC) December 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Mohamed Salah #Cody Gakpo
;