EPL: Erling Haaland pacu Manchester City ke puncak liga, Guardiola puji strategi Russell Martin

Aleqha Zainal
October 27, 2024 14:37 MYT
Manchester City berjaya menduduki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan tunggal Erling Haaland seawal minit kelima memacu kemenangan pasukannya menewaskan Southampton 1-0 di Stadium Etihad, malam tadi.
Cameron Archer hampir menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat tetapi percubaannya sekadar singgah di palang gol sahaja sekali gus menutup 90 minit dengan kekalahan kepada The Citizens.
Begitupun, jurulatih Southampton, Russell Martin, tetap gembira dengan persembahan anak buahnya dan percaya jika mereka dapat mengekalkan prestasi itu Southampton akan terus kekal dalam saingan EPL untuk musim akan datang..

.@ErlingHaaland bags the winner! ? pic.twitter.com/l8zcxzfctw

— Manchester City (@ManCity) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami akan mengambil banyak perkara positif daripada aksi ini. Bukan sahaja dari segi taktikal, tetapi juga dari aspek psikologi. Saya rasa para pemain perlu berbangga dan mempercayai diri mereka selepas perlawanan ini.
"Para pemain memberikan segalanya, jadi saya tidak boleh meminta lebih banyak ketika beraksi di tempat lawan menentang pasukan terbaik di negara ini," kata Martin.
Dalam pada itu, Pep Guardiola turut memuji anak buah Russell Martin yang memberikan aksi terbaik menentang pasukannya.

Pep Guardiola is a six-time Premier League winning manager, yet he still takes every opportunity to learn more ? He was full of praise for how Russell Martin set up his Southampton side for their visit to Etihad Stadium pic.twitter.com/CdRKH5Jy5H

— Premier League (@premierleague) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya akan belajar banyak daripada Russell kerana mereka bermain dengan sangat baik. Kami berasa rendah hati dan menerima mereka beraksi dengan sangat baik. Ini adalah perlawanan yang bagus untuk belajar sesuatu yang baru sebagai pengurus,"
"Saya akan banyak belajar daripada Russell." Kata Guardiola
#bola sepak #Manchester City #Southampton #EPL #Russell Martin #Erling Haaland
;