EPL: Eriksen kembali perkuat Manchester United lawan Everton

Muzaffar Musa
April 8, 2023 00:42 MYT
Christian Eriksen akan kembali memperkuatkan Manchester United menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton malam ini -- selepas lebih dua bulan berehat.
Pemain kebangsaan Denmark itu mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan Piala FA menentang Reading pada 28 Januari lalu, di mana dia menerima terjahan keras daripada Andy Carroll.
Sehari selepas perlawanan itu, pengurus United, Erik ten Hag, tidak berselindung dalam menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap terjahan Carroll itu sebelum Eriksen dijangka terpaksa berehat selama tiga bulan.
Ia merupakan satu tamparan besar buat United, di mana pemain Denmark itu telah mengambil tempat sebagai pemain utama Di Old Trafford sejak menyertai pasukan berkenaan secara ejen bebas.
Bagaimanapun, proses pemulihan Eriksen berjalan dengan baik dan dia kini kelihatan bersedia untuk diturunkan ketika menentang Everton, dan ia bermakna tempoh pemulihannya tamat hampir sebulan lebih awal berbanding apa yang dijangkakan.

Back in the mix ? ⏳ @ChrisEriksen8#MUFC || #MUNEVE pic.twitter.com/jjf5pd6bZe

— Manchester United (@ManUtd) April 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berita baik itu juga tiba selepas Luke Shaw disahkan tidak akan dapat menyertai perlawanan berkenaan.
Ditanya mengenai tahap kecergasan pemainnya, Ten Hag, berkata: "Luke Shaw tidak dapat diturunkan (menentang Everton) dan kami akan melihat perkembangannya sepanjang seminggu ini.
"Berita baiknya adalah Christian Eriksen sudah kembali berlatih dan dia akan kembali berada dalam skuad esok," katanya.
#bola sepak #Manchester United #Everton #Christian Eriksen #Liga Perdana Inggeris #Erik ten Hag