EPL: Dua gol Nicolas Jackson bawa Chelsea ke kelompok atasan

Muzaffar Musa
September 21, 2024 21:40 MYT
WEST HAM 0 CHELSEA 3
Chelsea mempamerkan aksi meyakinkan untuk memanfaatkan prestasi hambar West Ham ketika meraih kemenangan 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Enzo Maresca berkenaan melonjak ke tangga atasan liga dengan 10 mata selepas lima perlawanan.
Gol berganda Nicolas Jackson pada awal permainan selain jaringan Cole Palmer dalam babak kedua memastikan kemenangan ketiga mereka musim ini, sekali gus memberikan gambaran musim yang cerah bersama pengurus baru itu.
Jadon Sancho, yang diletakkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Manchester United, turut mempamerkan aksi cemerlang, terutama ketika membantu jaringan pembukaan Jackson.
#bola sepak #Chelsea #West Ham United #EPL #Liga Perdana Inggeris #Nicolas Jackson