EPL: Dah macam pemain berusia 45 tahun! Agbonlahor selar kekalahan Man United di laman sendiri
Ammar Hakim
September 17, 2023 08:33 MYT
September 17, 2023 08:33 MYT
Casemiro kelihatan seperti pemain berusia 45 tahun di bahagian tengah Manchester United semasa kekalahan 3-1 mereka kepada Brighton, menurut Gabriel Agbonlahor.
Skuad kendalian Erik ten Hag mengalami kekalahan ketiga dalam lima perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris apabila gol daripada Danny Welbeck, Pascal Gross dan Joao Pedro mengesahkan kemenangan untuk Brighton di Old Trafford.
Agbonlahor membidas prestasi Casemiro di bahagian tengah tetapi turut mengecam Lisandro Martinez, yang tertipu seperti boneka oleh Gross untuk gol kedua Brighton, dan meminta Harry Maguire diberikan tempat dalam kesebelasan utama.
"Di mana saya harus bermula? Brighton melakukan 659 hantaran di Old Trafford. Lebih banyak percubaan tepat ke sasaran, lebih banyak penguasaan bola -- 57 peratus. Ia seperti latihan untuk Brighton," kata Agbonlahor menerusi talkSPORT.
"Saya sedang menonton perlawanan, tidak pernah Brighton berasakan cukup tenang dan selesa bermain dalam perlawanan ini.
"Tidak kira siapa yang memberikan tekan, mereka sentiasa berjaya keluar daripada situasi sukar dan mencipta peluang. Itu seperti berada padang latihan, terutamanya separuh masa kedua.
"Casemiro... Casemiro kelihatan seperti dia berumur 45 tahun berlari-lari di bahagian tengah itu. Dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-65 untuk Hannibal Mjebri, seorang pemain muda, kerana dia begitu teruk dalam perlawanan ini.
"Mari bincangkan prestasi Lisandro Martinez dan Victor Lindelof, cukup mengecewakan, mereka diperdaya Gross ketika menjaringkan gol kedua perlawanan.
'"Menyaksikan perlawanan ini, Harry Maguire mesti sedang berfikir, 'bagaimana saya tidak mendapat peluang dalam pasukan ini?'
"Martinez tidak bermain dengan baik, sama seperti Lindelof. Harry Maguire layak berada dalam pasukan itu."