EPL: "Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea"

Saufi Tahir
October 28, 2024 10:11 MYT
Enzo Maresca menjelaskan persembahan yang dipamerkan Cole Palmer menewaskan Newcastle United adalah sebab 'penyokong membayar untuk menonton' selepas The Blues kembali ke kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
Pemain antarabangsa England itu memainkan watak penting selepas hantaran lintangnya menjadi gerakan untuk Chelsea menjaringkan gol pendahuluan menerusi hantaran Pedro Neto yang mudah disempurnakan Nicolas Jackson pada minit ke-18.

MASSIVE three points. ⬆ #CFC | #CHENEW pic.twitter.com/qp7YE5bND0

— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Palmer kini telah mencatatkan penglibatan dalam 12 gol dengan dia telah menjaringkan tujuh gol dan lima bantuan jaringan bersama Chelsea musim ini.
"Dia adalah sebab mengapa orang ramai membayar, mereka mahu melihat pemain pemain seperti Palmer beraksi. Kami sangat gembira memilikinya.
"Saya sentiasa prihatin. Kami boleh menyerang dengan lebih baik dan bertahan dengan baik. Kami sangat gembira di mana kami berada sekarang.

GET IN!! ?#CHENEW pic.twitter.com/FELPEpyWC6

— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pemain memahami setiap hari apa yang kami usahakan." katanya.
#bola sepak #Chelsea #EPL #Cole Palmer
;