Selepas ditandatangani Chelsea dari Manchester City, Cole Palmer secara konsisten tampil prestasi dengan kualiti tertinggi sepanjang menyarung jersi The Blues.

Bintang muda England itu telah mencatat 22 gol dan 10 bantuan gol dalam liga, sekaligus meletakkan dia nombor dua dibelakang Erling Haaland (27 gol) dalam perebutan kasut emas.

Statistik itu menjadikan Palmer calon paling sesuai dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Inggeris 2023/24.




Menariknya, Palmer adalah pemain Chelsea pertama yang meraih anugerah itu sejak ia dikenalkan pada musim 2019/20 di mana Trent Alexander-Arnold berjaya merangkulnya.

Palmer juga menyamai rekod Didier Drogba dan Frank Lampard yang menjaringkan 16 gol di laman sendiri dalam satu musim, ini termasuk prestasi hebatnya meraih empat gol menentang Everton dan juga hatrik menentang Manchester United.