Persembahan memukau sepanjang musim menjadikan pemain muda berbakat, Cole Palmer, sebagai antara pemain terbaik di dunia di mata Reece James selepas membantu Chelsea bangkit menewaskan Nottingham Forest, semalam.

Pemain kebangsaan England itu pantas melakukan bantuan jaringan yang disudahi oleh Mykhailo Mudryk pada awal minit ke-8 permainan sebelum Willy Boly dan Callum Hudson-Odoi meletakkan Forest didepan.

Musim ini, bekas pemain Manchester City itu sudah terlibat dalam 31 gol bersama The Blues di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang menyamai rekod penyerang dari Aston Villa, Ollie Watkins.

"Palmer sudah diiktiraf sebagai salah seorang pemain terbaik dunia," kata ketua pasukan Chelsea itu selepas ditemu bual oleh Sky Sports.

"Ketika bersama Manchester City sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu tidak banyak beraksi tetapi berani mengambil peluang ketika datang ke Stamford Bridge," tambahnya.