Muzaffar Musa
Thu Feb 02 2023

Thiago Silva menjangkakan dirinya akan melanjutkan kesepakatan baru di Chelsea dalam beberapa hari ini.
Pertahanan tengah itu merupakan pemain utama The Blues sejak menyertai pasukan itu daripada Paris Saint-Germain (PSG) secara ejen bebas pada Ogos 2020.
Silva ketika itu menandatngani kontrak setahun bersama The Blues dan membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2020-21 dan melanjutkan kontraknya setahun lagi selepas kempen berkenaan.
Dengan berbaki kurang enam bulan sebelum kontrak itu berakhir, pemain berusia 38 tahun itu mendedahkan bahawa dia dan Chelsea mahu mengekalkan jalinan mereka dan menjangka akan menandatangani satu kesepakatan baru dalam masa terdekat.
"Kami sudah berbincang mengenainya." kata Silva kepada ESPN.
"Segala-galanya mungkin akan selesai dalam beberapa hari ini.
"Keinginan saya, juga apa yang dimahukan kelab ini, adalah untuk kekal bersama," katanya.
Dengan telah menjulang lapan trofi liga divisyen utama bersama AC Milan dan PSG sebelum ke Chelsea, Silva percaya pengalaman luasnya di peringkat tertinggi akan menjadi aset berguna untuk dimanfaatkan The Blues selagi dia masih di Stamford Bridge.
Silva berharap dia akan terus dapat memberikan pengaruh positif buat barisan pertahanan muda di Chelsea dengan berkata: "Saya sedar kelab ini memerlukan saya ketika ini. Saya berada di sini untuk membantu dan mereka adalah pemain-pemain muda.
"Saya tahu dengan pengalaman yang saya ada, saya dapat membantu proses pembangunan kelab ini. Saya berada di sini untuk itu, saya mahu melakukannya dan saya tahu tanggangjawab saya amat besar," katanya lagi.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Piala Merlion: Malaysia ke final selepas atasi Kemboja
Skuad B-22 negara memulakan kempen Piala Merlion dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 4-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon tetap hargai komitmen pemain walaupun menang tipis
Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, tetap menghargai komitmen yang dipamerkan pasukannya walaupun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Turkmenistan semalam.

Persahabatan Antarabangsa: Faisal Halim azam bolosi gawang Hong Kong
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, berazam untuk meledak jaringan ketika berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa depan.

Piala Merlion: Elavarasan akur ketiadaan Mukhairi Ajmal
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, terpaksa akur kehilangan tonggak tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menjelang saingan Piala Merlion di Singapura bermula Jumaat ini.

Persahabatan Antarabangsa: Cools janji benteng negara kekal tenang
Kejayaan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu disifatkan satu kenangan terindah.

Liga Super: Akmal Zahir enggan terbuai pujian
Pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Akmal Md Zahir, enggan terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik dalam saingan Liga Super minggu lalu.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon teruja latih pemain dalam bulan Ramadan
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengakui teruja apabila buat kali pertama akan melatih pemain yang berpuasa menjelang satu perlawanan bola sepak.

EPL hormati iftar Ramadan
Ramadan tiba lagi dan pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menghormati kewajipan pemain-pemain beragama Islam dengan meluangkan masa ketika permainan untuk mereka berbuka puasa.

Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.

Modric reaffirms commitment to Madrid amid links to Ronaldo's Al Nassr
Real Madrid midfielder Luka Modric is out of contract at the end of the season, but he is hoping to stay with the LaLiga giants.

France 4-0 Netherlands: Mbappe leads to way to ruin Koeman's comeback
Kylian Mbappe and Antoine Griezmann put their captaincy battle behind them to help France to a comfortable win over the Netherlands.

Sweden 0-3 Belgium: Lukaku hat-trick gets Tedesco tenure off to flying start
In their first game since December's World Cup exit, Belgium were comfortable 3-0 winners over Sweden in Friday's Euro 2024 qualifier.

Doncic fined $35,000 for money gesture directed at officials
A frustrating game for the Mavericks saw them lose to the Warriors after what they deemed to be an incorrect referee call.

Yaya Toure confident of managerial opportunities despite Vieira sacking
The recent dismissal of Patrick Vieira by Crystal Palace means there are no black managers in the Premier League.

Morata's pride at Spain captaincy as De la Fuente seeks strong start
New captain Alvaro Morata hopes to repay incoming Spain coach Luis de la Fuente as his reign starts against Norway.

Casemiro the latest Brazil star to endorse Ancelotti for Selecao job
Carlo Ancelotti has been linked with the vacant Brazil job, and although Casemiro approves, he also wants Real Madrid to be respected.

Nagelsmann sacked: Bayern CEO Kahn cites 'less successful and less attractive' football as reason for change
Julian Nagelsmann has been sacked as Bayern Munich head coach after losing top spot in the Bundesliga to Borussia Dortmund.

Everton referred to independent commission over alleged FFP breach
Everton are alleged to have broken financial fair play regulations and face a wait to discover if they will be docked points.

March Madness: 'It was like a Rocky fight' says Kansas State star Nowell after breaking assist record
A big performance from Markquis Nowell helped guide the Kansas State Wildcats to the Elite 8 stage of the NCAA Tournament.