EPL: Chelsea bukan dalam perebutan kejuaraan
Muzaffar Musa
November 30, 2024 11:30 MYT
November 30, 2024 11:30 MYT
Enzo Maresca menegaskan bahawa Chelsea bukan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walaupun mereka mempamerkan permulaan yang cukup menarik.
The Blues tidak tewas dalam empat perlawanan liga terakhir, termasuk ketika menewaskan bekas pasukan bimbingan Maresca, Leicester City, 2-1 hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, mereka bergelut dalam aksi di laman sendiri sepanjang musim ini, di mana hanya 41% mata yang diraih mereka dalam EPL diperoleh ketika beraksi di Stamford Bridge (sembilan daripada 22 mata).
Chelsea ketika ini sedang menduduki tangga kempat EPL dengan 22 mata, sembilan mata di belakang pendahulu, Liverpool, dan hanya dibezakan satu mata dengan juara bertahan, Manchester City.
Walaupun berada dalam kelompok atasan, Maresca enggan terbawa-bawa dengan harapan bahawa Chelsea akan menjulang trofi EPL dalam musim pertamanya bersama pasukan itu.
"Tidak, Chelsea bukan dalam perebutan kejuaraan. Saya sudah katakan berkali-kali. Saya gemarkan tekanannya.
"Saya mahu katakan kami berada di sana tetapi kami tidak.
"Amat baik untuk dapat melihat pasukan ini meningkat. Itulah yang penting. Ia perasaan yang baik dan gembira.
"Pada masa sama, anda perlu menjadi realistik dan anda dapat lihat perbezaan di antara kami dan pasukan lain," katanya.
Chelsea akan mentang Aston Villa di Stamford Bridge bagi aksi EPL malam esok.