EPL: Calon juara, Arsenal tewaskan Spurs dalam aksi Derbi London

Najmi Iman
January 15, 2025 06:44 MYT
Calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, memintas kedudukan Nottingham Forest dalam carta liga untuk menghuni tempat kedua di belakang pendahulu, Liverpool, selepas menewaskan seterus utama mereka dalam aksi Derbi London, sebentar tadi.
Tottenham Hotspur terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi rembatan pemain kebangsaan Korea Selatan, Son Heung-min, pada minit ke-25 untuk memberi keselesaan 1-0 pada pasukan pelawat di Stadium Emirates.
Tersentak, skuad kendalian Mikel Arteta tidak berputus asa mencari gol penyamaan sebagai tanda tidak mengaku kalah kepada musuh tradisi mereka itu.

BIG WIN IN N5 ❤️ pic.twitter.com/CC7fYplI69

— Arsenal (@Arsenal) January 15, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan saat itu tiba apabila The Gunners mengambil kesempatan ketika sepakan penjuru yang terbias kepada penyerang utama Spurs, Dominic Solanke, sekali gus menyumbat gol sendiri dan mengikat kedudukan 1-1.
Leandro Trossard tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol kemenangan Arsenal sebaik sahaja sebelum tamat separuh masa pertama yang menyaksikan skuad tuan rumah berjaya mendapatkan tiga mata penuh.
#bola sepak #Arsenal #Tottenham Hotspur #EPL #Liga Perdana Inggeris
;