CHELSEA 3 BRIGHTON 2

Peminat bola sepak menyifatkan Brighton ibarat dirompak di siang hari ketika pulang dengan kekecewaan dari Chelsea dengan kekalahan 2-3, awal pagi tadi.


Brighton menyangka mereka beroleh sepakan penalti lewat permainan di Stamford Bridge untuk kesempatan menyamakan kedudukan apabila bola dipercayai terkena tangan Levi Colwill tetapi selepas memeriksa melalui video bantuan pengadil (VAR), Craig Pawson, memutuskan untuk membatalkan keputusan awalnya.

Bagaimanapun, peminat menjadi lebih keliru keliru mengapa Brighton tidak diberikan pukulan sudut sambil sesetengah daripadanya mendakwa bintang Chelsea, Moises Caicedo, sepatutnya dihukum dan The Blues tidak sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti.



"Brighton dirompak siang hari. Caicedo sepatutnya dibuang padang. Chelsea tidak layak diberikan sepakan penalti, ia cabaran bahu ke bahu.

"Sepakan penalti Brighton memang jelas malah tidak diberikan sepakan penjuru. Peraturan sudah bertukar," sindir seorang peminat.