EPL: Biar saya buat cara tersendiri, tidak perlu tunding jari -- Ruben Amorim
Najmi Iman
November 24, 2024 09:21 MYT
November 24, 2024 09:21 MYT
'Saya akan buat dengan cara saya' -- Ruben Amorim menegaskan sedang dalam fasa perlaksanaan strategi tersendiri menjelang perlawanan pertamanya selaku jurulatih baru Manchester United berdepan Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.
Bekas pengendali Sporting CP itu tidak mahu menyalahkan barisan kejurulatihan yang lalu atas prestasi yang mengecewakan sebaliknya hanya tertumpu apa yang berlaku di depan.
"Saya tidak mahu menunding jari kepada pengurus sebelum ini kerana ia membuang masa. Pihak pengurusan memilih saya kerana mereka melihat sesuatu dalam diri saya.
? Ipswich Town. ?️ Portman Road. ⏰ 16:30 GMT. ? We will be there.#MUFC pic.twitter.com/0eHCSDYmhE
— Manchester United (@ManUtd) November 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya akan lalukan dengan cara saya sendiri dan memainkan sistem bola sepak yang baru. Kami akan berjaya!
"Banyak yang perlu ditambah baik. Sebagai jurulatih, saya harus menjadi sesuatu yang sukar didapati dan saya sudah bersedia," katanya kepada media antarabangsa.