EPL: Bernardo Silva akui Manchester City sudah boleh kibar 'bendera putih'
Saufi Tahir
January 3, 2025 08:29 MYT
January 3, 2025 08:29 MYT
Tonggak utama Manchester City, Bernardo Silva, percaya pasukannya benar-benar sudah 'terkeluar daripada perlumbaan' mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Juara empat tahun berturut-turut itu ketinggalan dengan jurang 14 mata dibelakang pendahulu liga ketika ini, Liverpool, yang masih mempunyai satu perlawanan lagi berdepan City.
The Citizens hanya meraih dua kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir mereka dalam saingan liga sekali gus menggagalkan percubaan untuk mempertahankan kejuaraan liga, dengan pemain kebangsaan portugal itu mengakui harapan pasukannya itu sudah berakhir tanpa keajaiban lagi.
2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣ A year for the history books! ? Let's take a look back at some of our favourite photos from the last 12 months ? pic.twitter.com/9D0RTROTx4
— Manchester City (@ManCity) December 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya akan katakan (rangkul kejuaraan) tidak mustahil kerana dalam bola sepak tidak ada yang mustahil, tetapi sekarang ini Manchester City benar-benar sudah terkeluar daripada perebutan kejuaraan.
"Tiada persoalan mengenai perkara itu. Ia sudah terlambat untuk kami. Realitinya ialah kami telah kehilangan." katanya kepada Sky Sports.
Building a legacy! ? pic.twitter.com/fhbdNlMEfi
— Manchester City (@ManCity) December 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
City berada di puncak carta liga pada awal November tetapi sejak itu mereka hanya memperolehi lapan mata daripada 10 aksi.