EPL: Arteta perjelas persaingan takhta liga tidak jejas hubungan dengan Guardiola

Ammar Hakim
September 28, 2024 08:09 MYT
Mikel Arteta menegaskan persaingan takhta liga antara Arsenal dan Manchester City tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Pep Guardiola.
Kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu, City memperoleh gol penyamaan di penghujung permainan selepas 10 pemain Arsenal bertahan hampir sepanjang separuh masa kedua.
Leandro Trossard diarah keluar padang pada penghujung separuh masa pertama, mengumpul dua kad kuning dan Arsenal didakwa menggunakan 'ilmu hitam' dalam usaha mereka mendapatkan tiga mata.
Rata-rata pemain City mengkritik cara permainan pasukan lawan, termasuk pertelingkahan yang berlaku di atas padang, namun Arteta berkata persahabatannya dengan Guardiola tidak akan terjejas atas yang berlaku dalam perlawanan.
"Saya sayangkan Guardiola. Saya menghormatinya dan mengaguminya. Saya mengagumi pasukannya dan semua yang dia lakukan," kata Arteta.

???????'? ????-???????? ⏰ There has been A LOT of noise about Arsenal's approach against Manchester City yesterday. But just how bad was their time-wasting?@oliver_hopkins has all the numbers ?⬇️

— Opta Analyst (@OptaAnalyst) September 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini adalah sukan. Perkara paling penting adalah kami profesional, satu perkara lagi adalah hubungan peribadi saya. Jika ia terjejas kerana kami bermain antara satu sama lain, maknanya saya sudah tidak lagi bercakap dengannya!
"Ia tidak akan menjejaskan hubungan kami, sukan tidak akan menjejaskan kami secara peribadi."
#Arsenal #Manchester City #Pep Guardiola #EPL #Liga Perdana Inggeris #Mikel Arteta