EPL: Arteta gagal selindung kekecewaan di sebalik kekalahan
Ammar Hakim
November 2, 2024 07:10 MYT
November 2, 2024 07:10 MYT
Mikel Arteta dikecewakan oleh persembahan Arsenal dalam kekalahan 1-0 kepada Newcastle United semalam.
Kekalahan itu menyaksikan mereka menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris selepas melewati 10 perlawanan.
Arsenal memperoleh 63.9 peratus kawalan permainan dan melakukan lebih banyak percubaan (10) berbanding Newcastle, namun gagal mencari jalan untuk menjaringkan gol penyamaan berikutan tandukan Alexander Isak di awal permainan.
Dan Arteta cukup kecewa bagaimana pasukannya yang telah berjaya bermain baik di awal permainan.
"Kami berhak kalah hari ini. Saya fikir kami bermula dengan baik dan benar-benar dominan. Kami tidak bertahan dengan cukup baik," katanya kepada Premier League Productions.
“Kredit kepada mereka. Mereka menjaringkan gol hebat.
"Kemudian permainan berubah dan anda mula bermain permainan yang berbeza. Anda perlu menyesuaikan diri dan kami tidak melakukannya dengan cukup baik. Saya sangat kecewa."
Arsenal hanya berjaya melakukan satu pukulan ke sasaran dalam perlawanan itu, hasil daripada percubaan Mikel Merino yang ditepis keluar garisan pada separuh masa pertama.
Declan Rice pula meletakkan tandukan jarak dekat melepasi palang pada masa kecederaan separuh masa kedua.
"Kami mempunyai dua peluang besar: Mikel mempunyai peluang besar, Declan mempunyai peluang besar. Kami gagal memberikan jawapan kepada lawan," kata Arteta.
Arsenal failed to register a shot on target in the second half against Newcastle. It's the first time that's happened in a Premier League game since 31 December 2023 vs Fulham #NEWARS pic.twitter.com/XrU8d4IHvZ
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) November 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.