EPL: Arsenal perlu pecah jika mahu atasi Man City -- Arteta

Ammar Hakim
August 17, 2024 08:11 MYT
Mikel Arteta percaya Arsenal perlu memecahkan rekod untuk mempunyai sebarang peluang untuk mengatasi juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City bagi musim 2024-25.
Arsenal telah menduduki tempat kedua di belakang City dalam dua musim terakhir, mendahului carta untuk tempoh yang lama sebelum keciciran mata di penghujung musim.
The Gunners hanya ketinggalab dua mata untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 20 tahun pada 2023-24, dengan City merangkul mahkota keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini pada hari terakhir.
Arsenal telah meningkatkan jumlah mata mereka dalam setiap empat msuim di bawah Arteta setakat ini, mengutip 61 pada 2020-21, 69 pada 2021-22, 84 pada 2022-23 dan 89 pada musim lalu.
The Gunners menjaringkan lebih banyak gol (91) musim lalu berbanding kempen Liga Perdana Inggeris yang lain, manakala 29 gol mereka dibolosi adalah yang paling sedikit sejak dinobatkan sebagai juara pada 2003-04.
Ditanya apa yang Arsenal mesti lakukan untuk mengatasi masalah pada 2024-25, Arteta berkata, "Arsenal perlu memecahkan lebih banyak rekod itu sekali lagi dan memenangi lebih banyak mata, itu sudah pasti.
"Ia tidak akan mencukupi [peringkat musim lalu]. Dengan tahap persaingan kami dan setiap musim yang semakin sukar, kami pasti perlu memperbaiki lagi."
#Arsenal #Manchester City #EPL #Liga Perdana Inggeris #Mikel Arteta
;