EPL: Arne Slot tolak cadangan pemain Liverpool kepenatan ekoran rehat antarabangsa

Ammar Hakim
September 15, 2024 09:36 MYT
Arne Slot telah menolak cadangan rehat aksi antarabangsa menjejaskan kemampuan barisan pemainnya susulan Liverpool mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Nottingham Forest di Anfield semalam.
Gol separuh masa kedua Callum Hudson-Odoi cukup untuk memberikan kekalahan pertama buat The Reds dan Arne Slot selepas bergelar ketua jurulatih pasukan itu.

?? Nottingham Forest win at Anfield… and it’s the first defeat of the Arne Slot era for Liverpool. pic.twitter.com/wnmieXwons

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liverpool bergelut menghasilkan peluang berdepan Forest ketika Slot menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menewaskan Manchester United 3-0 di Old Trafford .
Slot menolak teori sebilangan pemainnya berdepan kepenatan ketika rehat antarabangsa dan percaya pasukannya tidak memiliki kualiti yang secukupnya dalam kekalahan pertama mereka sejak April.
“Ia sentiasa sukar tetapi saya tidak berasakan rehat antarabangsa itu menjadi faktor utama," katanya.
"Pemain telah bermain dengan sebaik mungkin dan saya melihat mereka berjuang hingga penamat."
#Liverpool #Nottingham Forest #Callum Hudson-Odoi #Arne Slot