EPL: Alex Ferguson lebih baik daripada Pep Guardiola -- David James

Saufi Tahir
May 21, 2024 07:34 MYT
Bekas penjaga gawang Manchester City, David James, memuji Pep Guardiola kerana berjaya 'melakukan sesuatu luara biasa' tetapi percaya dia masih belum setanding Alex Ferguson.
The Netizens menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang memenangi empat kejuaraan berturut-turut selepas kemenangan 3-1 ke atas West Ham, Ahad lalu.
Sebelum ini Manchester United memenangi tiga musim EPL berturut-turut, dengan rekod kejayaan dua kali di bawah Ferguson (1998-2001 dan 2006-2009).

Our boss! ? @PepTeam is the 2023/24 @premierleague Manager of the Season ? pic.twitter.com/JK4mmHwDW0

— Manchester City (@ManCity) May 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika ditanya mengenai pencapaian City berjaya menjulang nama Guardiola setaraf Ferguson, James jelas tidak bersetuju.
"Tidak, Fergie masih yang terbaik. Lihat statistik dan usianya. Lebih-lebih lagi, sejak dia pergi, apa yang berlaku kepada Manchester United.
"Anda tidak boleh menyalahkan atau menggunakan alasan dia mempunyai pasukan yang bagus. Fergie melalui laluan yang sukar, naik dan turun malah kejatuhan ketika ini tidak begitu teruk.
"Saya rasa ketiga atau keempat mungkin paling teruk yang mereka pernah lakukan; Fergie adalah yang terbaik dan Pep perlu bertahan selama sedekad lagi sebelum dia benar-benar boleh mancabar kedudukan itu.
"Saya tahu Fergie adalah pengurus yang hebat, tetapi tidak semestinya jurulatih yang paling hebat. Pep adalah pengurus dan jurulatih yang hebat." katanya kepada Stats Perform.
#Pep Guardiola #Manchester United #Alex Ferguson #EPL #City #Manchester