EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Ammar Hakim
September 14, 2024 07:54 MYT
September 14, 2024 07:54 MYT
Erik ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana menafikan sepakan penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan apabila mengatasi Southampton 3-0 di laman lawan.
The Red Devils tiba di Stadium St Mary dengan dua kekalahan berturut-turut dan hampir ketinggalan pada minit ke-33, namun Onana berjaya meneka percubaan Cameron Archer.
Pelawat kemudian menggunakan peluang terhidang apabila gol terhasil menerusi Matthijs de Ligt dan Marcus Rashford untuk meletakkan mereka 2-0 pada separuh masa pertama, sebelum Alejandro Garnacho melengkapkan kemenangan.
Ten Hag berpuas hati dengan kebangkitan ditampilkan dan memuji Rashford, yang menjaringkan gol pertama sejak bulan Mac.
“Permulaan tidak mudah,” kata bos United itu kepada BBC Match of the Day.
"Saya fikir penalti adalah titik perubahan dalam permainan dan, kami menjaringkan gol dan itu sangat penting. Mulai saat itu, permainan sudah menjadi milik kami."
Mengenai gol Rashford, dia menambah, "Ia sangat penting. Kami bercakap sebelum perlawanan. Ia besar untuknya, untuk setiap penyerang.
"Apabila musim bermula, anda mahu berada dalam senarai pemarkahan. Sekarang dia mempunyai yang pertama, saya pasti lebih ramai akan datang."
Three goals ? Three points #MUFC || #SOUMUN pic.twitter.com/MJlBTco0MF
— Manchester United (@ManUtd) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.