Enrique sedia gilap prestasi terbaik Kylian Mbappe

Shaiful Shamsudin
October 8, 2023 02:12 MYT
Luis Enrique berikrar untuk membantu Kylian Mbappe mencapai prestasi terbaiknya tatkala dia cuba meredakan kegoyahan awal musim Paris St Germain (PSG).
Juara Ligue 1 itu kembali memberi perhatian kepada kancah domestik di Rennes, awal pagi esok, selepas kecewa 1-4 di Newcastle dalam Liga Juara-Juara (UCL) pertengahan minggu ini, di mana Mbappe antara tonggak yang mengecewakan.
Bagaimanapun, ketika bercakap dalam sidang akhbar pra-perlawanan, pengurus PSG menolak kegusaran mengenai kecergasan penyerang itu -- yang terkesan daripada kekalahan 0-4 ke atas Marseille dua minggu lalu akibat kecederaan buku lali -- sambil menyokongnya.
Dia berkata: “Kylian di tahap 100 peratus.
"Sebagaimana yang lain, kecergasannya berbeza-beza sepanjang musim.
"Tidak semuanya boleh hitam dan putih (boleh dirancang).
“Dia merupakan tunjang kami dan matlamat saya sebagai jurulatih adalah untuk memanfaatkan kualitinya dengan sepenuhnya.”
#PSG #Luis Enrique #Kylian Mbappe #Ligue 1