Pemin muda berbakat, Endrick Felipe, menjadi wira pasukan Brazil selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir pemainan di Stadium Kyle, Amerika Syarikat, sebentar tadi.

Skuad kendalian Dorival Junior menguasai keseluruhan perlawanan dan menghasilkan 14 percubaan secara keseluruhan untuk mengasak kubu pertahanan Mexico.

Bekas pemain Manchester United, Andreas Pereira, terlebih dahulu meletakkan Brazil di depan sebelum pemain sayap Arsenal, Gabriel Martinelli, menggandakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, pasukan Mexico pantas menyamakan kedudukan pada minit akhir aksi pemanas badan itu menerusi Julian Quinones dan Guillermo Martinez.


Berbaki tujuh minit masa tambahan, Endrick menjadi watak penting skuad Brazil apabila bijak menghidu peluang untuk memastikan skuad kebangsaan itu menang tipis.