Shaiful Shamsudin
Thu Apr 06 2023

Penyerang Brazil, Endrick, menolak dibandingkan dengan Pele selain mengkritik cerita negatif yang telah diterbitkan mengenainya.
Real Madrid mengesahkan perjanjian untuk menandatangani pemain berusia 16 tahun itu daripada Palmeiras pada Disember lalu dengan perpindahan ke LaLiga akan dilengkapkan pada Julai 2024 sebaik dia mencapai usia 18 tahun.
Prestasi Endrick mula merosot sebaik perpindahannya ke Santiago Bernabeu diumumkan apabila sekadar menyumbangkan satu gol dalam 13 penampilan, malah mutu persembahannya kian tenggelam sejak menjadi perhatian media.
"Kadang-kadang saya bertanya kepada diri sendiri: Mengapa timbul banyak cerita tentang saya? Saya tidak meminta semua ini. Terdapat situasi yang melangkaui batas," katanya kepada GQ.
"'Ah, dia jelmaan Pele.' Hakikatnya, tiada siapa yang mampu menggantikan Pele, dia adalah raja bola sepak.
"Tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan, saya tidak boleh menyekat orang ramai daripada bercakap tentang kehidupan saya.
"Saya sering mengatakan bahawa saya mahukan semua rakyat Brazil rapat dengan saya tetapi saya semakin faham bahawa ia adalah mustahil. Akan sentiasa ada orang yang mahu menyerang saya."
Endrick juga mengkritik cerita tidak berasas tentang dirinya apabila menambah: "Saya pernah mengambil pusing tentang apa yang diperkatakan orang ramai terhadap saya. Tetapi sekarang tidak lagi.
"Saya suka TikTok tetapi apabila saya melihat sesuatu tentang diri sendiri, saya, saya segera mengalihkannya.
"Baru-baru ini keluar satu cerita yang mengatakan saya sedang menjalani terapi, namun itu satu pembohongan. Akhbar tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan mereka menyiarkanya.
"Tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Jika saya keluar dan menyanggah semua yang mereka katakan maka saya hanya akan membuang masa."

UCL: Jude Bellingham dilahirkan untuk Real Madrid -- Nacho
Nacho percaya rakan sepasukan barunya, Jude Bellingham, umpama dilahirkan untuk Real Madrid selepas menjadi wira dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

UCL: Manchester City calon juara -- Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti melabel Manchester City sebagai pasukan pilihan tetapi pengurus Real Madrid itu tidak menolak sebarang kejutan.

LaLiga: Joselu pastikan Real Madrid kekal rekod kemenangan bersih atasi Real Sociedad
Joselu sekali lagi memberikan sumbangan besar dalam memastikan Real Madrid meneruskan permulaan sempurna dalam saingan LaLiga musim ini dengan mengatasi Real Sociedad 2-1 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.

LaLiga: Jude Bellingham teruskan permulaan cemerlang jaring gol kemenangan dramatik Real Madrid
Jaringan dramatik Jude Bellingham pada lewat permainan memastikan Real Madrid meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Getafe 2-1 di Santiago Bernabeu lewat malam tadi.

LaLiga: Real Madrid bakal tanpa khidmat Vinicius Jr ekoran alami kecederaan hamstring
Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr, berdepan tempoh rehat yang panjang selepas mengalami kecederaan hamstring.

Ancelotti tegur Real Madrid langgar arahan
Rodrygo nyaris dijadikan kambing hitam jika bukan Jude Bellingham memastikan kemenangan tipis 1-0 Real Madrid ke atas Celta Vigo, awal pagi tadi.

Jude Bellingham ulangi pencapaian Cristiano Ronaldo di Real Madrid
Jude Bellingham menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo ketika menghasilkan dua gol buat Real Madrid di Almeria, awal pagi tadi.

Kepa Arrizabalaga sandaran baru di gawang Real Madrid
Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, melengkapkan perpindahan pinjaman selama semusim ke Real Madrid.

Jude Bellingham ledak gol bantu Real Madrid lakar kemenangan di Athletic Bilbao
Pemain antarabangsa England, Jude Bellingham, menjaringkan gol pada penampilan sulungnya dalam saingan LaLiga ketika Real Madrid memulakan musim liga mereka dengan kemenangan 2-0 di Athletic Bilbao.

Sione Tuipulotu has ‘lot of love’ for Tonga but focus is on getting Scotland win
Tuipulotu’s father Fohe is Tonga.

Rudi Garcia says Napoli ‘need to be more effective’ ahead of Bologna clash
A 2-1 midweek Champions League triumph at Braga has done little to sway the detractors of Garcia’s system.

No margin for error in Tonga clash – Scotland talking points
Kyle Steyn and Lions duo Rory Sutherland and Chris Harris are back in the XV as their side look to bounce back from defeat to South Africa.

Lautaro Martinez says Inter need to ‘raise their level’ against Empoli
The Nerazzurri’s winning streak ended with a midweek Champions League draw against Real Sociedad.

Scotland goal came from World Cup routine – Lucy Bronze
The defender opened the scoring in the Nations League clash as England won a tight game 2-1.

Antoine Dupont has surgery as France captain’s World Cup remains in the balance
Les Blues face an anxious wait as their captain begins his recovery process.

Ange Postecoglou says Tottenham will play on the front foot against Arsenal
Spurs have lost their last three games at the Emirates but also showed an underwhelming lack of attacking imagination.

It is real – Lewis Hamilton amazed by ‘huge’ gap to Max Verstappen and Red Bull
Verstappen hit back in style in qualifying for the Japanese Grand Prix after seeing his record 10-race winning run end in Singapore.

Mikel Arteta relishing ‘special rivalry’ as in-form Arsenal and Spurs do battle
Both the Gunners and Tottenham are unbeaten in the Premier League ahead of their derby-day clash.

Wales’ destiny in their own hands – 5 talking points ahead of Australia showdown
Warren Gatland’s side are chasing a quarter-final prize for a fourth World Cup in succession.