Empat fakta menarik hiasi sejarah terbaru bola sepak San Marino yang duduki ranking ke-210 dunia

Najmi Iman
November 19, 2024 08:07 MYT
Kemenangan San Marino 3-1 ke atas Liechtenstein mengejutkan dunia bola sepak apabila pelbagai catatan sejarah berlaku di samping kejayaan yang menakjubkan itu memukau peminat sukan pelosok negara.
Buat kali pertama, skuad kendalian Roberto Cevoli itu berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya Liga Negara-Negara UEFA (UNL) selepas persembahan memukau di Rheinpark Stadion, sebentar tadi.
Lebih menarik, itu adalah kemenangan pertama di tempat lawan selepas 101 perlawanan dilangsungkan di tempat lawan.

FINAL DEL PARTIDO ?? LIECHTENSTEIN 1-3 SAN MARINO ?? LOS MUCHACHOS HAN JUGADO EL PARTIDO DE SU VIDA, GOLEAMOS EN EL CLÁSICO, GANAMOS POR PRIMERA VEZ EN LA HISTORIA DE VISITANTE Y ASCENDIMOS A LA LIGA C DE LA NATIONS LEAGUE ? GRACIAS TOTALES, TE AMO SAN MARINO ?? pic.twitter.com/g4FtVFsYmZ

— San Marino Fútbol ?? (@SanMarinoTeam) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan di ranking ke-210 dunia itu (mengikut Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) turut mencatatkan tiga jaringan dalam satu perlawanan selepas lebih daripada 200 aksi dimainkan.
Sepanjang rekod pertempuran negara yang mempunyai populasi lebih daripada 35,000 orang sahaja itu, mereka sekadar mengukir 13 keputusan positif dan kerap mengalami kekalahan berpanjangan.
10 aksi seri dan tiga kemenangan.
Kebanyakan pemain terdiri daripada pekerja sambilan kerana kurang memiliki aksi kompetitif.
#bola sepak #San Marino
;