Emas Anuar Challenge Cup 2023: Penang Black Panthers muncul juara

Ammar Hakim
July 23, 2023 14:16 MYT
Penang Black Panther muncul juara Emas Anuar Challenge Cup susulan kejayaan mengatasi Perak Bison dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Penang melangkah ke final hasil kemenangan 2-1 ke atas PDRM Defenders, sementara Perak turut melakukan perkara yang sama untuk mengetepikan cabaran KL Thunder.
Penang menampilkan corak permainan yang cemerlang sejak permulaan set pertama, Zarif Merican yang bertindak sebagai tekong melakukan servis yang berkualiti dalam usaha memungut mata, di tambah dengan gandingan feeder, Zaim Ismail dan killer dari Thailand, Aekkasit Naphom memastikan Penang memenangi set pertama 21-15.
Perak, yang baru sahaja dinobat sebagai juara divisyen perdana, berusaha untuk bangkit dalam set kedua, namun gagal melakukan demikian sebelum akur dengan kekalahan 21-16.
#Challenge Cup #STL #Perak Bison #Penang Black Panther