Ekoran isu kewangan, Kedah bakal ucap selamat tinggal kepada Liga Super?
Najmi Iman
December 19, 2024 08:00 MYT
December 19, 2024 08:00 MYT
Juara Piala Malaysia 2016, Kedah Darul Aman (KDA), di jangka bakal mengucapkan selamat tinggal kepada kancah Liga Super Malaysia susulan masalah luar padang yang semakin meruncing dalam pasukan itu.
Perlawanan minggu ke-17 liga menyaksikan Kedah berjaya mendapatkan kemenangan 1-0 menewaskan seteru utara, Penang, menerusi jaringan Sukhrob Nurulloev di Stadium Darulaman, semalam.
Menurut wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, Sang Kenari berpotensi meninggalkan liga utama negara itu akibat isu kewangan yang sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.
“Saya berasa sedih jika benar Kedah menarik diri dari saingan Liga Super” -Victor Andrag, Ketua Jurulatih KDA FC. Difahamkan Kedah Darul Aman menghantar surat permohonan untuk tinggalkan Liga Super dan beralih ke Liga A1 Semi-Pro berikutan masalah kewangan.@ASTROARENA pic.twitter.com/578gKtWPS0
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) December 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berasa sedih jika benar Kedah menarik diri daripada saingan liga,” kata ketua jurulatihnya, Victor Andrag.
Memetik laporan sebuah portal, Kedah sudah menghantar surat permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meninggalkan Liga Super dan beralih ke saingan Liga A1 Semi-Pro, musim depan.
Sekiranya ini berlaku, secara tidak langsung, selepas Kelantan, Liga-M akan kehilangan satu lagi gergasi pasukan yang dahulunya cukup menakutkan dek kerana zaman kegemilangannya, namun terpaksa dilupakan akibat barah yang meninggalkan kesan kepada pemain.
Situasi ini mengundang persoalan dikalangan peminat Kedah yang pastinya menunggu reaksi pasukan kesayangan mereka.