Edson Alvarez janjikan permainan berkualiti bersama West Ham
Ammar Hakim
August 10, 2023 07:48 MYT
August 10, 2023 07:48 MYT
West Ham telah menyelesaikan pembelian pemain antarabangsa Mexico, Edson Alvarez, dari Ajax dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Pemain berusia 25 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak sehingga Jun 2028 dengan pemenang Liga Conference Europa.
Dia mengukuhkan pilihan bahagian tengah Hammers berikutan penjualan bekas kapten, Declan Rice kepada Arsenal.
This is his moment, this is El Machín ? pic.twitter.com/vNUQsTpX3A
— West Ham United (@WestHam) August 10, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus West Ham, David Moyes, memberitahu laman web kelab, “Jentera tengah adalah kawasan yang kami mahu memperkukuh lagi musim panas ini -- dan Edson akan melengkapkan pilihan lain yang kami ada di bahagian itu.
"Dia pemain antarabangsa yang berpengalaman, yang telah menikmati kejayaan besar untuk kedua-dua kelab dan negara sepanjang kariernya sehingga kini."
Alvarez, yang memulakan kariernya dengan Club America yang berpangkalan di Mexico City, berpindah ke Liga Perdana Inggeris selepas merangkul dua gelaran Eredivisie sepanjang empat musim bersama Ajax.
Dia telah beraksi 69 kali bersama Mexico, memenangi Piala Emas CONCACAF pada 2019 dan 2023, selain turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia pada 2018 dan 2022.
"Ia adalah detik yang sangat sentimental untuk saya dalam kerjaya saya," katanya.
“Untuk menyertai kelab seperti West Ham adalah impian saya dan keluarga.
“Liga Perdana Inggeris adalah liga istimewa, liga terbaik dunia, dan saya rasa gaya permainan saya akan sesuai dengan pasukan.
“Saya kini mempunyai tanggungjawab kepada West Ham dan keluarga West Ham dan saya akan memberikan segala-galanya untuk jersi itu.”
West Ham, yang akan bermain dalam Liga Europa musim ini, memulakan musim baharu di Bournemouth pada hari Sabtu.