Eddie Howe dedah kagum terhadap bintang baru Newcastle Sandro Tonali

Ammar Hakim
August 13, 2023 08:07 MYT
Pengendali Newcastle, Eddie Howe, telah mendedahkan dia menandatangani pemain tengah bernilai GBP52 juta, Sandro Tonali, selepas dia 'jatuh cinta' menonton permainannya untuk AC Milan musim lalu.
Pemain antarabangsa Itali berusia 23 tahun itu membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris yang menakjubkan dalam kemenangan 5-1 Magpies ke atas Aston Villa semalam, memperkenalkan dirinya kepada bola sepak Inggeris dengan penuh bergaya apabila menyumbat gol pembukaan dan corak permainan yang berkualiti di jentera tengah pasukan.
Ditanya sama ada Tonali telah melebihi jangkaannya, ketua jurulatih Howe berkata, “Saya tidak tahu. Saya tidak akan berkata demikian kerana itu akan tidak menghormati kemampuannya.

A dream debut! ?

— Newcastle United FC (@NUFC) August 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami telah berusaha mendapatkan khidmatnya untuk jangka masa yang lama, membayar yuran perpindahan yang tinggi untuknya kerana saya jatuh cinta melihat dia beraksi tahun lalu.
“Dia seorang bakat yang luar biasa. Dia boleh melakukan sedikit segala-galanya. Cukup mirip dengan pemain tengah kami yang lain, dia mempunyai gabungan banyak sifat yang saya fikir akan sesuai dengan Liga Perdana Inggeris.
“Ini adalah satu permainan. Saya tidak mahu melebih-lebihkan dan memberi lebih tekanan kepadanya, tetapi ia adalah permulaan yang sangat baik dan saya gembira dia kelihatan yakin dengan jersi itu, dan peminat sudah pasti menerimanya. Itu satu perkara yang bagus untuk dilihat.”
#Newcastle United #Eddie Howe #EPL #Sandro Tonali
;