Dybala tidak pasti masa depan bersama AS Roma selepas dikaitkan dengan Manchester United

Muzaffar Musa
February 16, 2023 04:48 MYT
Pemenang Piala Dunia, Paulo Dybala, berkata dia masih tidak tahu mengenai masa depannya bersama AS Roma menjelang aksi menentang RB Salzburg dalam penentuan ke pusingan 16 Liga Europa (UEL) awal pagi esok.
Pemain kebangsaan Argentina berusia 29 tahun itu meninggalkan Juventus secara perpindahan percuma untuk menyertai Roma dengan kontrak tiga tahun pada tahun lalu tetapi kini sedang hangat dikaitkan untuk menyertai Manchester United.
Dybala antara pemain yang paling menyerlah bersama Giallorossi musim ini, di mana dia menjaringkan 11 gol dan menghasilkan tujuh bantuan jaringan daripada 21 penampilan.
Bagaimanapun, dia dilaporkan memiliki klausa pelepasan bernilai €12 juta (RM56.57 juta) dalam kontraknya, yang mungkin akan diaktifkan kelab dari luar Serie A, sambil Dybala juga tidak menafikan spekulasi yang mengaitkannya dengan United.
"Apabila ia melibatkan klausa pelepasan saya, seperti yang saya katakan sebelum ini, ia antara ejen saya dan kelab ini," kata Dybala kepada wartawan.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada penghujung tahun ini."

? "We'll have to be ready to fight..." ?️ Paulo Dybala ahead of #SalzburgRoma#ASRoma #UEL pic.twitter.com/PD93kQBIML

— AS Roma English (@ASRomaEN) February 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester United #Paulo Dybala #Serie A #Liga Perdana Inggeris #AS Roma