Dua gol penalti Ronaldo pastikan Al-Nassr benam Al-Ittihad

Ammar Hakim
December 26, 2023 23:11 MYT
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua sepakan penalti ketika Al-Nassr mengatasi Al-Ittihad 5-2 dalam saingna Liga Pro Saudi.
Pertembungan itu menyaksikan pertemuan semula bekas bintang Real Madrid, Ronaldo dan Karim Benzema, yang berhijtah ke Al-Ittihad musim panas lalu.
Al-Ittihad mendahului menerusi Abderrazak Hamdallah pada minit ke-14, namun Al-Nassr diberikan sepakan penalti di mana Ronaldo tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya lima minit kemudian.

5️⃣3️⃣ pic.twitter.com/oSXXSL0UCU

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Talisca membenarkan Al-Nassr mendahului pada minit ke-38 namun Hamdallah menyamakan kedudukan enam minit memasuki separuh masa kedua.
Ronaldo kemudian sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-68 untuk kembali mendahului permainan sekaligus merekodkan gol ke-53 untuk tahun 2023.
Al-Ittihad terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-66 apabila Fabinho dilayangkan kad merah dan Sadio Mane menjaringkan gol pada minit-75 dan 82 untuk menoktahkan kemenangan.
#Cristiano Ronaldo #Karim Benzema #Al-Ittihad #Liga Pro Saudi #Al-Nassr