Dua bekas bintang Manchester United bantu Napoli ke puncak Serie A
Kamal Nizam
January 5, 2025 11:20 MYT
January 5, 2025 11:20 MYT
Selepas 19 perlawanan, akhirnya Napoli kembali menaiki takhta Serie A apabila berjaya menundukkan Fiorentina dengan tiga gol tanpa balas di Stadium Diego Armando Maradona.
David Neres terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 sebelum bekas penyerang Manchester United, Romelu Lukaku, berjaya sempurnakan penalti di awal separuh masa kedua.
Malam gemilang Napoli disempurnakan kapten Scotland, Scott McTominay, yang juga menjadi pemain terbaik perlawanan selepas wisel penamat ditiupkan.
SCOTT MCTOMINAY ⚽ Three for Napoli!!#FiorentinaNapoli 0-3 pic.twitter.com/mBfuvLZjVv
— Lega Serie A (@SerieA_EN) January 4, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaubagaimana pun dijangka Napoli hanya akan kekal di puncak liga buat seketika sahaja.
Ini apabila pesaing mereka, Atalanta mempunyai kelebihan satu perlawanan manakala Inter Milan yang berada di kedudukan ketiga liga mempunyai kelebihan dua perlawanan.