Doping: Juventus ambil langkah pertama ke atas Paul Pogba

Shaiful Shamsudin
September 12, 2023 15:59 MYT
Pemain tengah Juventus, Paul Pogba, telah digantung sementara oleh tribunal anti-doping kebangsaan Itali selepas sampelnya dikesan ada kandungan yang diragui.
Pemain antarabangsa Perancis itu diuji positif untuk testosteron dalam ujian dadah rawak susulan perlawanan Juventus ke atas Udinese dalam Serie A, 20 Ogos lalu yang menyaksikannya sekadar memanaskan bangku simpanan.
Selepas badan anti-doping Itali itu mengeluarkan satu kenyataan semalam yang mengesahkan penggantungan Pogba, The Old Lady pula sedang mempertimbangkan prosedur seterusnya.
Pogba berdepan penggantungan di antara dua hingga empat tahun sekiranya didapati bersalah.

Club statement

— JuventusFC ???? (@juventusfcen) September 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kelab Bola Sepak Juventus mengumumkan bahawa hari ini, 11 September 2023, pemain bola sepak, Paul Labile Pogba, dikenakan perintah penggantungan berjaga-jaga daripada Tribunal Anti-Doping Kebangsaan berikutan keputusan ujian yang dijalankan pada 20 Ogos 2023,” menurut kenyataan itu.
"Kelab berhak mempertimbangkan langkah-langkah seterusnya."
#Juventus #Paul Pogba #Serie A
;