Digantung satu perlawanan, Tuchel terlepas aksi Chelsea-Leicester City

Ammar Hakim
August 27, 2022 02:15 MYT
Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, akan menjalani hukuman digantung satu perlawanan menentang Leicester City hari ini, Persatuan Bola Sepak (FA) mengesahkan.
Tuchel menerima penggantungan itu selepas dia bertelagah dengan ketua jurulatih Tottenham Antonio Conte berikutan keputusan seri 2-2 antara seteru London itu di Stamford Bridge 14 Ogos lalu.
Kedua-duanya sudah berselisif faham pertengahan perlawanan sebelum Tuchel menarik Conte ke arahnya semasa berjabat tangan selepas perlawanan, menyebabkan berlaku huru-hara yang mengakibatkan kedua-dua jurulatih dilayangkan kad merah oleh pengadil Anthony Taylor.
Kedua-duanya kemudiannya didenda, tetapi Conte mengelak larangan garis tepi selepas FA menganggap Tuchel telah memulakan pertengkaran itu.
Tuchel merayu terhadap penggantungannya, yang membolehkannya berada di garis tepi untuk kekalahan 3-0 di Leeds United hujung minggu lalu, tetapi FA telah mengesahkan rayuannya gagal, bermakna pengendali Jerman itu tidak akan hadir untuk perlawanan hari ini.

Matchday eve! ? pic.twitter.com/8JgNBEh0Qx

— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Thomas Tuchel #Antonio Conte #EPL