Paul Pogba tidak akan menerima sebarang layanan istimewa daripada pengurus Perancis, Didier Deschamps, walaupun sedang bergelut di peringkat kelab bersama Manchester United.
Pogba berada di bangku simpanan tetapi tidak beraksi ketika United menundukkan Brighton and Hove Albion 2-0 dalam aksi suku akhir Piala FA, hujung minggu lalu.
Dia juga berada tidak dapat membarisi kesebelasan utama sewaktu The Red Devils bertemu Sevilla dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah sebelum masuk membawa impak yang sangat kecil sehingga menyaksikan pasukannya tersingkir daripada kejohanan.
Deschamps berharap agar tonggak tengahnya itu akan kembali menemui sentuhan walaupun sebelum ini wujud spekulasi bahawa dia berbalah dengan pengendali United, Jose Mourinho.
"Semua orang kini bercakap tentang Pogba," kata Deschamps menjelang aksi persahabatan bertemu Colombia, awal pagi esok.
"Dia berdepan situasi rumit di United tetapi belum kehilangan sentuhan dalam bola sepak atau melupai apa yang mampu dilakukan.
"Saya telah bercakap dengannya dan menguruskannya sama seperti saya mengendalikan pemain lain. Walaupun mungkin sedikit berbeza tetapi tiada keistimewaan buatnya.
"Kadangkala, mereka tiba menyertai pasukan dalam keadaan tidak sepenuhnya baik daripada segi fizikal atau mental tetapi kami harus mempersiapkan diri untuk Piala Dunia," katanya.
Sementara itu, kapten Les Bleus, Hugo Lloris, berpendapat bahawa masalah kecederaan yang ditanggung Pogba pada musim ini telah mengganggu prestasinya di atas padang.
"Pogba masih seorang pemain yang kuat. Musim ini agak sukar buatnya kerana dibebani dengan isu kecederaan, membuatkannya tidak konsisten tetapi dia telah membuktikan kepada United dan Perancis statusnya sebagai salah seorang pemain yang terbaik ketika cergas.
"Kini, dia lebih matang. Dia tahu di mana tempat dan tanggungjawabnya. Saya tidak ragu-ragu dia akan bersedia untuk berdepan cabaran seterusnya," ujar Lloris.
Penulis Jemputan
Fri Mar 23 2018
EPL: Cristiano Ronaldo yakin Manchester United kembali bangkit bersama Ruben Amorim
Cristiano Ronaldo percaya Ruben Amorim merupakan individu paling tepat untuk mengambalikan Manchester United ke puncak kegemilangan, di sebalik permulaan hambar pengurus baru itu bersama The Red Devils.
EPL: Bruno duri dalam daging Manchester United
Misi Manchester United untuk masuk ke dalam kedudukan 10 terbaik Liga Perdana Inggeris terbatas selepas tumpas ke atas Wolverhampton 2-0 di Stadium Molineux
Tahukah anda? Manchester United kalah lagi!
Manchester United berdepan kekalahan keempat daripada lima perlawanan terkahir Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika ketua pasukan, Bruno Fernandes, dibuang padang sewaktu tewas 0-2 kepada Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Legenda Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, berkongsikan pengalamannya ketika tiba di Malaysia buat pertama kali dalam siri jelajah pasukannya itu pada 2001.
EPL: Amorim salahkan penasihat Marcus Rashford atas spekulasi tinggalkan Old Trafford
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, mempersoalkan keputusan penasihat Marcus Rashford susulan komen yang dilakukannya mengenai masa depan pemain berusia 27 tahun itu di Old Trafford.
EPL: Kami akan cuba untuk menang -- Kata jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menggesa pasukannya untuk kekal fokus dan segera melupakan kekalahan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford, awal pagi tadi.
EPL: Bournemouth malukan Manchester United di Old Trafford
Manchester United terpaksa akur tewas kepada Bournemouth 0-3 ketika di bawah kendalian Ruben Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, malam tadi.
Selepas 15 tahun, Alejandro Garnacho pemain kedua Manchester United terima Puskas
Jaringan akrobatik Alejandro Garnacho sewaktu menentang Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Dyche sees Everton's confidence growing ahead of Forest clash
Preview: Everton v Forest
Rice hopes 2025 'brings trophies' for Arsenal after narrow Ipswich win
Rice hopes 2025 'brings trophies'
Kings fire coach Mike Brown in third season
Kings fire coach Mike Brown
Frank and Hurzeler disagree on 'fair result' as Brentford hold Brighton
Hurzeler irked by Brentford draw
Arsenal 1-0 Ipswich Town: Havertz strike sends Gunners second
Report: Arsenal 1-0 Ipswich
Brighton 0-0 Brentford: Hosts frustrated as Bees pick up rare away point
Report: Brighton 0-0 Brentford
Ronaldo backs Man Utd to 'rise again' under Amorim
Ronaldo: Man Utd will 'rise again'
Postecoglou eyeing Tottenham reinforcements in transfer window
Ange: Spurs need reinforcements
Stoke part company with head coach Pelach
Pelach departs Stoke
Slot hails 'outstanding leader' Van Dijk despite lack of contract update
Slot hails Reds 'leader' Van Dijk