Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala

Najmi Iman
January 14, 2025 07:56 MYT
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
Sejak dua musim lalu, Arsenal mengakhiri perjuangan Liga Perdana Inggeris (EPL) selaku naib juara kepada Manchester City.
The Gunners juga sudah terlepas satu gelaran berharga selepas tewas kepada Manchester United dalam saingan Piala FA, Ahad lalu, selain mempunyai peluang tipis dalam Piala Liga Inggeris (EFL) tatkala tunduk 0-2 kepada Newcastle United ketika aksi separuh akhir pertama.
Arsenal sekali lagi dalam perlumbaan memenangi EPL apabila mereka berada berada di belakang Liverpool dengan perbezaan sebanyak enam mata, namun The Reds masih mempunyai kelebihan satu permainan.

New week. New motivation. pic.twitter.com/Bh4KJIpReb

— Arsenal (@Arsenal) January 13, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan pemain berusia 26 tahun itu berkata kini terpulang kepada Arsenal untuk menunjukkan mereka masih dalam perebutan gelaran.
"Ia adalah permulaan yang baik musim ini.
"Mungkin terlalu banyak seri daripada apa yang kami jangkakan. Jelas sekali, kami kehilangan beberapa pemain utama, tetapi kami masih berada menonjolkan aksi berkualiti.
"Anda perlu berada di situ sepanjang masa. Apa sahaja boleh berlaku. Kami hanya perlu terus memenangi perlawanan, fokus pada diri sendiri," " katanya media antarabangsa menjelang pertemuan dengan Tottenham.
Mikel Arteta mengetuai Arsenal ke Piala FA pada musim pertamanya sebagai pengurus dan memenangi Perisai Komuniti dua kali, pada 2020 dan 2023.
"Dia memberikan kami segalanya yang dia mampu untuk memenangi perlawanan.
“Terpulang kepada kami sekarang.
"Satu-satunya perkara yang hilang ialah memenangi sesuatu dengan skuad ini, jadi mudah-mudahan itu akan datang," tambahnya.
#bola sepak #Arsenal #EPL #Liga Perdana Inggeris #Declan Rice
;