Dean Smith taruh harapan kepada Jamie Vardy selamatkan The Foxes
Ammar Hakim
May 4, 2023 06:23 MYT
May 4, 2023 06:23 MYT
Pengendali Leicester, Dean Smith, berharap Jamie Vardy dapat menyemarakan semangat pasukannya untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas kebangkitan veteran itu baru-baru ini.
Vardy telah menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir untuk membantu mengeluarkan Foxes daripada kelompok tiga terbawah setelah sebelum ini mengharungi 19 perlawanan tanpa jaringan.
Smith, yang dalam misi menyelamatkan pasukan bagi jangka masa pendek di Stadium King Power memastikan Leicester bangkit, berkata pemain berusia 36 tahun itu mula memberikan aksi terbaik menjelang penghujung musim.
?️ "His legs are still there, his brain is certainly still there." ? Dean Smith has belief in Jamie Vardy's ability to add more goals to the Leicester City team to help survive relegation pic.twitter.com/SIqUYbSTfQ
— Football Daily (@footballdaily) May 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Orang ramai akan melihat dalam beberapa persembahan terakhirnya penuh dengan dahaga serta keinginan untuk menang serta kadar kerja yang mengagumkan,” kata Smith menjelang lawatan ke Fulham Isnin ini.
“Kami sangat gembira dia kembali menjaringkan gol untuk kami. Dia telah mendapat gol pertama di tempat lawan di Leeds dan gol pertama di tempat sendiri pada hari Isnin (menentang Everton), kami sangat gembira dia mula mendapatkan rentak buat masa ini.
“Dia berada di tahap yang baik buat masa ini, itulah yang kami perlukan ketika berbaki empat perlawanan lagi."
??????? Jamie Vardy ✨✨ pic.twitter.com/va40qzCvFI
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.